
4412 Jalan Tunku, Lorong B, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Kami menyediakan rumah-rumah mewah yang berkonsep rumah keluarga ( Fully Furnished ) dengan wifi percuma terletak di bandaraya Kuching dan kereta kereta pandu sendiri dengan harga murah. Homestay Petrajaya 1 ini terletak di Jalan Tunku, Astana, Petrajaya, Kuching. Hanya 8 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Homestay semi-D dua tingkat ini mempunyai tempat letak kereta yang boleh memuatkan sehingga 6 buah kereta.
Di sekitar homestay kami terdapat pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, masjid, surau, kedai makan / restoran (Halal), KFC, McD, Singapore Chicken Rice, perpustakaan, stadium, klinik perubatan, pusat pakar perubatan, farmasi, kedai dobi, kedai dobi layan sendiri, mesin atm, muzium kucing, astana, Fort Margarita, Dewan Undangan Negeri, kedai-kedai kek lapis, kedai-kedai ikan terubok, taman orkid dan lain-lain lagi.
Di tingkat atas mempunyai 3 bilik tidur dilengkapi queen sized bed. Almari baju, meja solek, alat penghawa dingin, kipas angin serta keperluan solat (sejadah, telekung, tasbih dan senaskah Al-Quran serta Yassin)
Ruang dapur pula dilengkapi dengan alatan memasak yang lengkap seperti rice cooker, blender, toaster, periuk, kuali, cerek elektrik, oven, lesung batu dan dapur gas, pinggan mangkuk dan sebagainya. Peti sejuk dua pintu juga di sediakan.
© 2018-2020 Petrajaya Car Rental. Rekaan web oleh websphere.com.my